October 30, 2012

Sudah lamanya berakhir raya haji, tetapi assignment tak bergerak2 pun, campur dgn mid term la, nasib lah mid term kali ni 2 subject ja..alhamdulilah..masuk minggu ke-8 semua assignment kena hantar, beratnya amanah 2, nasib la ber"group''..

October 19, 2012

~ Hayatilah Setiap Bait Takbir







اللهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

اللهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا

Allah Maha Besar sebesar-besarnya
وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا
Dan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya
وَسُبْحَانَ اللهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ
Tidak ada Tuhan melainkan Allah
وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ
kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya
مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ
dengan ikhlas untuk agama (Islam)
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
walaupun dibenci oleh golongan kafir

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa
صَدَقَ وَعْدَهُ
yang benar janji-Nya
وَنَصَرَ عَبْدَهُ
dan yang menolong hamba-Nya
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)
وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

October 12, 2012

Kehidupan Oh Kehidupan !!!

Cukuplah Allah bagiku, tidak mengharap pada yang lain. Walaupun kita dipandang rendah oleh manusia, insyallah kita tinggi nilai di sisi Sang Pencipta. Walaupun kita tidak sehebat di mata orang lain, tetapi biarlah kita paling hebat di hadapan  Allah yang menciptakan, Allah itu kan lagi hebat segala2nya ??? Walaupun kita ini banyak kekurangan, ingatlah kitalah sebaik2 ciptanNYA....Mungkin dengan kekurangan dan kelemahan kita dapat mendidik jiwa ini sentiasa mengingati Allah dan bersyukur keatas nikmatnya ,insyallah. Bukannya senang Allah nak memilih orang yang Dia mahu diuji. Bersyukurlah pasti ada hikmahnya, kita tidak tahu sama ada hari ini, esok, akan datang atau pun di akhirat kelak, sebagai hamba yang patuh kepadaNya, kita mampu bersabar dan terus bersabar ^-^

HAYATILAH SAHABAT2KU.

Kadang2 kita alpa membuatkan hati kian lupa pada Sang Pncipta..kadang2 kita angkuh memikirkan diri ingin menjadi sehebat manusia.. Kadang2 kita juga sering terlupa kasih ALLAH sentiasa untuk hambanya..hati kian resah dan glisah namun kehidupan diteruskan demi mancapai matlamat yang satu.. apabila diberi sesuatu, hati seringkali memberontak mahukan yang lebih baik dari kini.. Ego selalu menguasai diri..namun tetap juga kita tidak mensyukuir nikmatnya. Tidakkah kita sedar bahawa ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya..kadang2 bila kita sedar kita menangis mengenangkan diri lalai menjalani perintahnya kita ALPA.. Sering kali tertanya dalam diri, mana kita nak pergi?? mana hala tuju kita??? Adakah ALLAH maafkan dosa2ku???? masih ada lagi sahabat2 yang aakn mendampingiku???Duhai sahabat.. menangislah kerana cahaya hidayah kian hampir denganmu.. bersyukurlah cahaya hidayah diberi sekali lagi kepadamu.. bersyukurlah masih ada lagi peluang ke dua untuk dirimu.. bersyukurlah ALLAH masih myayangimu..BERSYUKURLAH KERNA MASIH ADA LAGI PELUANG UNTUK BERUBAH MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DARI HARI YANG SEMALAM.

October 10, 2012

Tarannum Menarik Minatku

Hampir 2 jam menimba ilmu tarannum di dalam kelas yg terletak di Fakulti Kepimpinan & Pengurusan. Ustazah Saadah yg cantik lagi comel merupakan seorang guru tutorial. Alhamdulilah dapat juga faham apa yg ustazah ajar, mulanya takut juga nak belajar disebabkan basic tarannum pun x ada langsung. First kelas ustazah tanya, anti ada x ilmu tarannum, hah! rasa diri ini kerdil sgt. Ikutkan kalau nk menjadi best student sebelum masuk sem baru at least kena prepare or study . Hmm, cmna ni, honestly x pernah wujud ilmu tarannum dalam diri. Next, ustazah tanya sahabat yg lain, pasang telinga dengar jawapan yang sama cuma ada dua tiga orang sja yang pernah belajar. Rasa lega pada diri ini, sepatutnya student ni x boleh bersikap begitu, asyik2 ikut org or kawan, cmna nak maju. Setiap hari perlu kepada perubahan, tidak banyak pun sedikit sudah memadai. Jom!! sama2 buat perubahan pada diri, bila lagi waktu remaja ni adalah peluang terbaik untuk transformasi diri. Seperti kita tahu, manusia yang berada dibawah naungan Allah ketika hari kiamat antaranya remaja yg menghabiskan masanya hanya mengabdikan diri kpd Sang Pencipta. Tarannum oh tarannum, first time praktise dalam kelas, aduhai nasib lah x kena baca depan kaum muslimin, agak malu jgk nak mengeluarkan suara yg tinggi. Hanya 4 org kaum hawa yg sempat baca yang selebihnya baca selepas kaum adam keluar. Alhamdulilah rasanya tenang, lega, seronok semuanya ada, diriku adalah antara yg ke-11 baca di hadapan ustazah. Sedikit teguran daripada ustazah kerana tidak mengeluarkan suara asal hanya menggunakan suara dalam, tidak mengapa teguran itu kan dapat mengubah diri kita. Thanks ustazah kerana menegur saya, insyallah lepas ni all do the best !!.

October 07, 2012

Ya Allah Kenapa Aku Diuji ???

Tajuk ini normal bg setiap manusia yang bergelar hamba Allah sama ada muslim or non-muslim. Tanpa ujian, hidup ini tidak seindah yang kita alami skrg ini Sgt beruntung sebagai seorang Islam kerana setiap apa yg Allah uji kita sebenarnya ada hikmah disebaliknya, kita sedar ataupun tidak itu bergantung kepada diri kita. Antara hikmah Allah nk menguji kita ialah Allah mahu menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan kita selama ini. Memang secara realitinya manusia ini imannya boleh berkurang dan bertambah. Sebab itu lah Allah nk mnguji kekuatan iman ketika mana ujian melanda seperti gagal dalam imtihan walaupun sudah besunggu-sungguh, kehilangan harta benda, masalah keluarga, kawan2 dan sebagainya.Kesabaran mudah disebut dengan kata-kata, tetapi mahu lakukan dan praktik itu sebenarnya sgt susah, hanya org yg benar2 beriman sahaja yg mampu menghadapi kerana ujian itu tanpa kita menduga, ia datang secara tiba2. Selain itu, Allah mahu memberi bonus pahala kpd hambaNya yg bersabar di atas setiap ujian yg melanda, bkn senang Allah nk memilih kita. Itu lah kita kena bersangka baik dgn Allah. Walaupun ujian itu datang hari ini, ingatlah insyallah ganjaran pahala kita di sana (akhirat) siapa pn tidak tahu melainkan Sang Pencipta tetapi mestilah bersyarat iaitu IKHLAS dgn seikhlas2nya. Masyallah sayangnya Allah kpd kita, sehingga x terfikir begitu ganjarannya. Wahai sahabat yg tersayang, ingatkah kalian Allah telah memperingatkan kita dalam surah al-Imran ayat 139 yg berbunyi " Padahal kalianlah orang2 yg paling tinggi darjatnya jika kalian beriman ". Secara umumnya ayat ini menggambarkan kehormatan seseorang hamba itu bergantung pada kadar keimananya, ketakwaannya kepada Sang Pencipta. Ini adalah sebahagian faktor kenapa Allah menguji kita. Setiap org pasti merasakan ujian, baik mukmin mahupun kafir, namun kaum mukmin akn merasakan penderitaan di dunia terlebih dahulu, pada akhirnya mrk akan merasakan buah yg manis, baik di dunia mahupun akhirat. Sebaliknya org kafir, munafik dan pendosa akan merasakan kenikmatan dan kesenangan terlebih dahulu, tetapi pada penghujungnya mereka merasakan penderitaan.

October 03, 2012

Pengorbanan seorang mahasiswi....

Ya Allah sesungguhnya hamba ini menuntut ilmu kerana Allah, berjihad kerana Allah, pendek kata semuanya kerana Allah. Kali ini sem3 asrama berjauhan dengan universiti, hati ini redha menerima seadanya, nilam court antara kolej kediaman paling jauh, bak kata orang terletak di hujung "pelusuk Nilai'. Alhamdulilah berkat doa mak tersayang Allah permudahkan segala urusan. Sekarang, diri ini dapat mendidik agar lebih berdisiplin mengurus diri seperti bangun awal pagi, dapat beribadat dan muraja'ah mata pelajaran, perlu praktik bangun before 5 a.m. Sebenarnya, bangun awal ni banyak kebaikannya, boleh hirup udara yang fresh setelah lamanya terkurung dalam bilik, bilik bukannya udara segar pun, kita perlu mencari ruang yg dapat membantu penambahbaikan pernafasan kita. Nafas x segar boleh memudaratkan kesihatan, susah pulak kita ni kan as a student, perlu bijak la menjaga diri, kesihatan. Hmm,
kolej kediaman jauh ni kena pergi kelas awal, takut nanti bas x ada pulak, setakat ni thank you of Allah kerana memudahkan segala urusan hamba ini. Kadang-kadang keluar nak pergi fakulti, lima buah bas beratur menyambut tetamunya =). Rasa bahagianya sambil naik bas dapat menghayati keindahan ciptaan Sang Pencipta, gunung-ganang, bukit-bukau, fikir-fikir balik bumi yang berbentuk sfera ini sahaja mempunyai kehidupan, adanya manusia, binatang, dan tumbuhan2an. Cuba anda fikirkan kenapa Allah ciptakan bumi berbentuk sfera?kerana di lautan sana mudah untuk kapal berlayar, bayangkan bumi ni bentuk empat segi, bagaimanalah kapal berlayar, kan susah ! hai, ke lain plk ceritanya, sebaik sja smpai di dlm kelas boleh la rehat2 dlu sebelum pnsyarah masuk, xpn muraja'ah dlu, wahai diriku jgnlah membuang masa, ssungguhnya masa itu emas. Emas di depan mata kita pn sntiasa jaga apatah lagi waktu yg x akn kembali. So, susah mna pn kita menuntut ilmu, ingat lah disebalik kesusahan itu Allah sediakan kesenangan dan ganjaran, kita tidak tahu bila dan dimana.