October 03, 2012

Pengorbanan seorang mahasiswi....

Ya Allah sesungguhnya hamba ini menuntut ilmu kerana Allah, berjihad kerana Allah, pendek kata semuanya kerana Allah. Kali ini sem3 asrama berjauhan dengan universiti, hati ini redha menerima seadanya, nilam court antara kolej kediaman paling jauh, bak kata orang terletak di hujung "pelusuk Nilai'. Alhamdulilah berkat doa mak tersayang Allah permudahkan segala urusan. Sekarang, diri ini dapat mendidik agar lebih berdisiplin mengurus diri seperti bangun awal pagi, dapat beribadat dan muraja'ah mata pelajaran, perlu praktik bangun before 5 a.m. Sebenarnya, bangun awal ni banyak kebaikannya, boleh hirup udara yang fresh setelah lamanya terkurung dalam bilik, bilik bukannya udara segar pun, kita perlu mencari ruang yg dapat membantu penambahbaikan pernafasan kita. Nafas x segar boleh memudaratkan kesihatan, susah pulak kita ni kan as a student, perlu bijak la menjaga diri, kesihatan. Hmm,
kolej kediaman jauh ni kena pergi kelas awal, takut nanti bas x ada pulak, setakat ni thank you of Allah kerana memudahkan segala urusan hamba ini. Kadang-kadang keluar nak pergi fakulti, lima buah bas beratur menyambut tetamunya =). Rasa bahagianya sambil naik bas dapat menghayati keindahan ciptaan Sang Pencipta, gunung-ganang, bukit-bukau, fikir-fikir balik bumi yang berbentuk sfera ini sahaja mempunyai kehidupan, adanya manusia, binatang, dan tumbuhan2an. Cuba anda fikirkan kenapa Allah ciptakan bumi berbentuk sfera?kerana di lautan sana mudah untuk kapal berlayar, bayangkan bumi ni bentuk empat segi, bagaimanalah kapal berlayar, kan susah ! hai, ke lain plk ceritanya, sebaik sja smpai di dlm kelas boleh la rehat2 dlu sebelum pnsyarah masuk, xpn muraja'ah dlu, wahai diriku jgnlah membuang masa, ssungguhnya masa itu emas. Emas di depan mata kita pn sntiasa jaga apatah lagi waktu yg x akn kembali. So, susah mna pn kita menuntut ilmu, ingat lah disebalik kesusahan itu Allah sediakan kesenangan dan ganjaran, kita tidak tahu bila dan dimana.

No comments: