October 10, 2012

Tarannum Menarik Minatku

Hampir 2 jam menimba ilmu tarannum di dalam kelas yg terletak di Fakulti Kepimpinan & Pengurusan. Ustazah Saadah yg cantik lagi comel merupakan seorang guru tutorial. Alhamdulilah dapat juga faham apa yg ustazah ajar, mulanya takut juga nak belajar disebabkan basic tarannum pun x ada langsung. First kelas ustazah tanya, anti ada x ilmu tarannum, hah! rasa diri ini kerdil sgt. Ikutkan kalau nk menjadi best student sebelum masuk sem baru at least kena prepare or study . Hmm, cmna ni, honestly x pernah wujud ilmu tarannum dalam diri. Next, ustazah tanya sahabat yg lain, pasang telinga dengar jawapan yang sama cuma ada dua tiga orang sja yang pernah belajar. Rasa lega pada diri ini, sepatutnya student ni x boleh bersikap begitu, asyik2 ikut org or kawan, cmna nak maju. Setiap hari perlu kepada perubahan, tidak banyak pun sedikit sudah memadai. Jom!! sama2 buat perubahan pada diri, bila lagi waktu remaja ni adalah peluang terbaik untuk transformasi diri. Seperti kita tahu, manusia yang berada dibawah naungan Allah ketika hari kiamat antaranya remaja yg menghabiskan masanya hanya mengabdikan diri kpd Sang Pencipta. Tarannum oh tarannum, first time praktise dalam kelas, aduhai nasib lah x kena baca depan kaum muslimin, agak malu jgk nak mengeluarkan suara yg tinggi. Hanya 4 org kaum hawa yg sempat baca yang selebihnya baca selepas kaum adam keluar. Alhamdulilah rasanya tenang, lega, seronok semuanya ada, diriku adalah antara yg ke-11 baca di hadapan ustazah. Sedikit teguran daripada ustazah kerana tidak mengeluarkan suara asal hanya menggunakan suara dalam, tidak mengapa teguran itu kan dapat mengubah diri kita. Thanks ustazah kerana menegur saya, insyallah lepas ni all do the best !!.

No comments: