October 07, 2012

Ya Allah Kenapa Aku Diuji ???

Tajuk ini normal bg setiap manusia yang bergelar hamba Allah sama ada muslim or non-muslim. Tanpa ujian, hidup ini tidak seindah yang kita alami skrg ini Sgt beruntung sebagai seorang Islam kerana setiap apa yg Allah uji kita sebenarnya ada hikmah disebaliknya, kita sedar ataupun tidak itu bergantung kepada diri kita. Antara hikmah Allah nk menguji kita ialah Allah mahu menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan kita selama ini. Memang secara realitinya manusia ini imannya boleh berkurang dan bertambah. Sebab itu lah Allah nk mnguji kekuatan iman ketika mana ujian melanda seperti gagal dalam imtihan walaupun sudah besunggu-sungguh, kehilangan harta benda, masalah keluarga, kawan2 dan sebagainya.Kesabaran mudah disebut dengan kata-kata, tetapi mahu lakukan dan praktik itu sebenarnya sgt susah, hanya org yg benar2 beriman sahaja yg mampu menghadapi kerana ujian itu tanpa kita menduga, ia datang secara tiba2. Selain itu, Allah mahu memberi bonus pahala kpd hambaNya yg bersabar di atas setiap ujian yg melanda, bkn senang Allah nk memilih kita. Itu lah kita kena bersangka baik dgn Allah. Walaupun ujian itu datang hari ini, ingatlah insyallah ganjaran pahala kita di sana (akhirat) siapa pn tidak tahu melainkan Sang Pencipta tetapi mestilah bersyarat iaitu IKHLAS dgn seikhlas2nya. Masyallah sayangnya Allah kpd kita, sehingga x terfikir begitu ganjarannya. Wahai sahabat yg tersayang, ingatkah kalian Allah telah memperingatkan kita dalam surah al-Imran ayat 139 yg berbunyi " Padahal kalianlah orang2 yg paling tinggi darjatnya jika kalian beriman ". Secara umumnya ayat ini menggambarkan kehormatan seseorang hamba itu bergantung pada kadar keimananya, ketakwaannya kepada Sang Pencipta. Ini adalah sebahagian faktor kenapa Allah menguji kita. Setiap org pasti merasakan ujian, baik mukmin mahupun kafir, namun kaum mukmin akn merasakan penderitaan di dunia terlebih dahulu, pada akhirnya mrk akan merasakan buah yg manis, baik di dunia mahupun akhirat. Sebaliknya org kafir, munafik dan pendosa akan merasakan kenikmatan dan kesenangan terlebih dahulu, tetapi pada penghujungnya mereka merasakan penderitaan.

No comments: