March 23, 2012

Masjid Kul-Sharif,Rusia Pamer Al-Quran Terbesar Di Dunia.


Al-Quran Terbesar Di Dunia 



Masjid Qolşärif (Kul-Sharif Masjid) yang terletak di Kazan Kremlin, dikatakan, pada masa pembinaannya adalah masjid terbesar di Rusia, dan di Eropah di luar Istanbul, kini mempamerkan Al-Quran terbesar di dunia.
Fakta Menarik Tentang Planet Pluto


pluto_animated Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.
  • Planet Pluto adalah satu-satunya planet dalam sistem suria yang tidak pernah dilawati oleh kapal angkasa.Pada 11 Januari 2006,NASA telah menjadualkan satu misi New Horizons ke planet tersebut dan dijangka sampai pada pertengahan 2015 selepas menempuh perjalanan sejauh 3 bilion batu.


KISAH ZINNIRAH...

Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.




Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

March 11, 2012

HARGA....






Harga sebuah kehidupan 
bukan bisa dinilai
dengan emas dan permata
kerana ia anugerah maha tinggi
daripada ALLAH yang Maha Kuasa.

Kerana mahalnya kehidupan
hargailah ia dengan rasa syukur
lalu diperbanyakkan amalan demi amalan 
demi memperolah ganjaran pahala yang 
amat besar maknanya.

Semoga kehidupan ini
ada kerahmatan dan kenikmatan
buat kita hamba ALLAH
tulus dan ikhlas
mendepani segalanya.....

March 10, 2012

Hakikat hubungan hati dengan Allah...




Perkara asas dan penting dalam pembentukan diri sebagai individu muslim adalah permasalahan hubungan hati dengan Allah. Ia sebenarnya merupakan permasalahan pada setiap masa, setiap tahap, setiap keadaan dan setiap peristiwa yang berlaku......Hubungan hati dengan Allah merupakan hubungan utama dan dasar pada bila-bila masa dan keadaan.!Hubungan ini perlu dijaga, dikawal di perkuatkan dari masa kesemasa..... kerana ujian Allah SWT semakin besar dari masa ke semasa...mengikut sekuat mana hubungan hati kita dengan Allah SWT.Masalah hubungan inilah yang menentukan sejauh mana kecintaan dan ketakutan kita pada Allah SWT. Semakin kuat hubungan hati kita pada Allah, semakin kuatlah pula cinta kita padaNya....Ini adalah kerana hatilah merasai kehebatan hubungan ini....yang dapat membuahkan ketaatan padaNya!!!Tapi sebelum kita dapat membuat hubungan hati dengan Allah, kita perlu serahkan hati kita padaNya. Penyerahan hati yang bermaksud kita serahkan hati untuk dididik dengan didikan Allah, serahkan hati untuk mengambil nilai-nilai Allah dalam kehidupan, serahkan hati untuk di proses dengan proses tarbiah islam yang syumul....sehingga tiada suatu apapun yang tinggal atau kita reserve.....semua sekali kita serah jiwa kita! Penyerahan hati yang total pada Allah.!Tanpa hubungan hati yang betul, hilanglah kenikmatan ubudiah kita pada Allah.....kita lakukan solat hanya sebagai rutin harian biasa...tidak rasa nikmat solat sebagaimana yang dirasai oleh Rasulullah saw dan para sahabat terdahulu...Tanpa hubungan hati yang betul....kita sebenarnya tidak ada kekuatan jiwa yang mampu untuk bertahan dan tertingkat iman selepas sesuatu ujian Allah!! Kita umpama buih- buih kosong yang dibawa arus tiada hala tujuan..............!!!Inilah permasalahan besar yang dihadapi oleh manusia hari ini.....hilangnya hubungan hati dengan Allah.....jadi berhubunglah hati itu dengan hawa nafsu, dunia, pangkat....sehingga ia jadi matlamat utama dalam hidup. Kehilangan hubungan ini sangat ketara pada hari ini sehingga manusia masing-masing tenggelam dalam permaslahan diri sendiri...tidak mengetahui puncanya dan hilang pedoman hidup.Jadi kita perlu bina hubungan kita dengan Allah, mengenaliNya sehingga timbul kecintaan kita padaNya, merasai hakikat kebesaranNya dalam diri dan alam ini, melaksanakan hakikat ubudiah kita padaNya, mensyukuri segala nikmat yang diberikanNya kepada kita......sebelum kita bina hubungan kita sesama manusia.... Asas hubungan sesama manusia adalah hubungan dengan Allah....!!Bila bagus hubungan kita dengan Allah , maka baguslah pula hubungan kita dengan manusia....Kasih sayang kita sesama manusia berlandaskan mahabbatullah....kasih sayang Allah..Mengasihi, mencintai, membenci semuanya atas dasar kerana Allah..Apabila Allah dan Rasul lebih dicintai dari segalanya...maka kita akan merasai kenikmatan iman...nikmat berhubung dengan Allah!!!

March 09, 2012

Assalamualaikum, pembuka bicara ^-^





     "Ilmu tanpa beramal ibarat pohon yang tidak berbuah"
Kita sebenarnya belajar bukan semata-mata untuk peperiksaan
tetapi ingatlah wahai sahabat-sahabat belajar untuk menambah &
mendapat ilmu. Ilmu Allah amatlah luas ...  

Sigma - Istikharah Cinta + Lirik Lagu

"Sentiasa sabar & ikhlas menghadapi segala ujian hidup,, adalah sifat orang beriman dengan sebenarnya,, bagi membelah badai kehidupan,, perlulah menjadi   seorang yang tabah kerana KETABAHAN yang menjadikan batu karang mampu memecahkan ombak yang menerpa...."