June 29, 2012

~ Muhasabah Cinta ~





Malam sampaikan salamku,

Biar terubat rindu hati ku,

Agar tak terseksa hati ini,

Bisa menerima salam ku ini.



Berpijak pada bumi yang nyata itu memang dah pasti tanpa menoleh ke belakang walau seinci pun,
namun terkadang hati ini tidak begitu kuat untuk menerimanya.
Namun sesungguhnya aku tidak pernah bersendirian di dalam menghadapi,
setiap dugaan yang mendatang kerana hati ini sentiasa di jaga dan di lindungi,
bahkan ketika ini walaupun hati ku telah kecewa namun aku tetap berada di samping-Nya,
kerna pandangan-Nya tidak pernah lari dariku walaupun sesekali aku telah melupakan-Nya.
Pasrah pada ketentuan-Nya adalah jalan sebaik-baiknya sebagai orang yang beriman.
Mengapa aku harus menyerah sedangkan itu cuma dugaan yang kecil untukku.
Ku simpul keazaman di hati ini agar selalu tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan ini.
Nyanyian rindu ini berulang lagi setiap malam,
aku akan terjaga bila mengenangkan dirinya,
namun aku perlu kuatkan hati agar bisa belajar untuk melupakannya,
walaupun pahit aku harus menerimanya,
bukan kah indahnya ujian itu dan manisnya duka itu,
bila mana kita dapat menerima hakikat itu yang cinta tidak harus memiliki.
Mengapa aku harus mencari cinta yang tiada hujungnya,
sedangkan dihadapan ku telah ada cinta yang abadi yang sentiasa menjaga dan merawat ku,
perlukah aku berpaling dari-Nya sedangkan telah ku tahu cinta-Nya mengatasi segala-galanya.
Ku memohon kepada-Nya agar aku bisa bertahan didalam setiap ujian-Nya.
Teman ku berkata kepada ku dan kata-kata ini membuat aku tersedar dari lamunan seketika.
Bacalah semoga hati mu akan bertambah sejuk bila menghadapi segala kesakitan akibat cinta.
“Jika engkau membenci atau mencintai seseorang dalam hatimu,
maka ukurlah amal perbuatannya dengan Al-Quran dan Sunnah.
Bilamana, amalnya dibenci di dalam keduanya,
maka bencilah kepadanya, namun jika diredhai oleh keduanya,
maka cintailah dia supaya engkau tidak mencintai atau membenci kerana hawa nafsumu.”
Sesungguh aku telah lalai sekali lagi dan sesunguhnya aku telah bersedia untuk menunggu saat ini
untuk bisa memperbaiki segala amalan ku apatah lagi perjalanan ku baru bermula.
Ya Allah sambutlah tangan ku ini dan sesungguhnya aku menunggu diri-Mu dan cahaya kasih-Mu sepanjang masa.
Cahaya itu memanggil nama ku dan mengajak aku untuk bersama-Nya di setiap panggilan-Nya.
Rindunya hati ini bila melihat cahaya cinta-Mu yang telah bermukim di hati ini untuk selamanya.
Di bulan yang mulia ini sesungguhnya aku ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap-Nya,
Tanpa cinta-Nya mungkin aku akan kandas untuk selamanya.
Bangunnya aku hari ini adalah untuk-Nya selama-lamanya.

Hati ku hanya satu,

Jiwa ku cuma satu,

Dan sesungguhnya aku telah serahkan,

Kepada yang berhak…….

Sahabat Yang Baik



 "Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ye? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.
Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
              Maka, 
Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.
              Nak cari di mana?
Hmm, memang susah nak cari. 
Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.
Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
              Bagaimana menghargai?
Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'. 
Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?
              Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.
              Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:
1.      Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3.      Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5.      Orang yang benar perkataannya:  Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Tulisan Dalam Gambar



 Cantik kn?? 


 Dengan menggunakan typo (jenis muka taip)

 boleh membentuk imej. Kalau guna banyak typo


  lagi cute dengan pelbagai jenis saiz..

June 27, 2012

Terimalah Kekalahan Sebagai Pengajaran






Kenapa susah sangat mahu menerima kekalahan. Kekalahan bukan bererti kegagalan. Kekalahan juga bukan bermakna kelemahan. Kekalahan berlaku hanya kerana ada orang yang lebih bagus daripada kita. 


Oleh itu terimalah hakikat. Daripada fokus kepada mereka yang mengalahkan kita lebih baik fokus pada diri dan usaha kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama pelajarilah apa yang orang lain lakukan untuk terus maju ke hadapan. Orang yang sibuk memperbaiki dirinya tidak punya masa memperbaiki diri orang lain.
[Dr. Tengku Asmadi]

June 24, 2012

3 Cara Menulis Blog


Ada 3 cara utama untuk mendapatkan idea menulis blog. Mari kita kongsikan.


1) Banyak membaca


Menulis blog memerlukan anda ada info untuk ditulis. Bukannya tiba-tiba idea boleh muncul di minda anda.


Jadi perbanyakkan bacaan anda. Carilah bidang-bidang yang sesuai, kemudian bacalah sehingga anda memahaminya dengan baik. Anda pasti dapat menulis artikel anda selepas itu.


Melainkan anda memang tidak cekap menulis.







2) Banyak berfikir


Banyak berfikir juga akan meningkatkan daya penulisan anda. Semakin banyak anda berfikir, semakin banyak yang ada dalam fikiran untuk ditulis.


Fikirlah tentang apa yang anda lihat, anda baca dan anda rasa. Hayati semuanya dengan baik, anda akan mampu menulis.


Melainkan anda memang tidak cekap menulis


3) Tuliskan perkara bermanfaat sahaja


Sebenarnya anda memang mempunyai pilihan terhadap apa yang anda mahu tuliskan. Tetapi memilih untuk menulis perkara yang tidak bermanfaat bukanlah satu cadangan yang baik.


Sekiranya anda hanya menulis perkara-perkara yang tidak bermanfaat yang tidak mendatangkan faedah, perkara itu lama kelamaan akan menyebabkan daya penulisan anda menumpul. Sebabnya tiada faktor pendorong untuk anda menulis dengan baik.


Berbeza pula apabila anda menulis perkara berfaedah. Anda akan berasa puas dengan penulisan anda. Bahkan idea anda akan terus berkembang kerana perkara kebaikan jika mahu ditulis tidak akan habis.


Betul kan?


Ok, jadi anda dah tahu nak tulis bagaimana?
salam sayang, selamat mencuba..

Final Exam Berlalu Pergi

Ya Allah, masa yg berlalu begitu pantas sekali, final exam pn dah nk abis, pejam celik pejam celik tahun 1 dh berlalu pergi... coming soon sem 3 pulak.. harap2 year 2 better than year 1.. Insya-Allah kamu boleh ^_^


June 08, 2012

Don't Despair !!! Sakinah



subject grafik SKU 2013...
soalannya mid term agak MENCABAR MINDA.
Nasib la madam buat soalan final exam senang la jgk,,
Thank you madam, i love you because of Allah

Selamat Study

Minggu study week..



Minggu ketenangan
Minggu kesabaran
Minggu menguji tahap keimanan


STRIVE !!!
Let's gooooo...