April 24, 2012

Apa Itu Cinta ???


Cinta itu apa sebenarnya?

Ramai orang bagi definisi cinta tapi susah nak faham. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memberi kaedah yang mudah. Tq ulamaku.

                “Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.”

Sebab?
Why?
Sebab adalah nyawa cinta.
Tanpa sebab, matilah cinta.

Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan.
Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi.

Tertipulah orang yang anggap cintanya suci dan abadi tapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi... 
sebab dia pandai...
sebab dia cantik... 
sebab dia hebat...

Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu.

Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.
Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.
Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.

Allah yang ciptakan dia dan semua mahkluk hebat di dunia ini. 
Allahlah patut duduk nombor satu dalam sebab cinta kita.
Kalau 'sebab' kita cinta dia kerana Allah, maka tunjukkan pada Allah, apa buktinya?
Sudah tentu buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.
Apa dia?
Perlu ke majlis ilmu untuk tahu, bacaan berfaedah dan dekati orang-orang soleh.
Jom!

Kehidupan !!!

Pernahkah anda terfikir?? Ya Allah banyaknya assignment,,tme kt sek dlu x lah byk cmni,,dtg UNIVERSITI   ja rasanya 24 hour memang x cukup,,biasa la 2 kta kn students degree, Prof Dr. Mohaya say

''Orang yang sibuk adalah orang yang bijak   menguruskan masanya tambah2 lagi yang menunutut  ilmu..."
Kesian kt blog ni,,lma dh x update..madam selalu say "dear students please UPDATE your BLOG" ..i'm sorry madam  kdg2 terlupa,,shngga terabai tanggungjawab!!

April 15, 2012

Cuti sem nie bukannya bermakna cuti sebenar-benarnya..banyak assignment yang lecturar provide perlu diselesaikan...^-^

April 06, 2012


Bencana ganjaran golongan tak tahu bersyukur
Oleh Amran Zakaria
bhagama@bharian.com.my
2012/04/06

Nikmat kesenangan patut dibalas dengan tingkatkan keimanan 

ADA empat kategori manusia di akhirat iaitu orang yang berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat, orang yang tidak berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat, orang yang tidak berjaya di dunia dan berjaya di akhirat dan orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Mungkin ramai yang terpedaya dan hanyut ketika hidup di dunia. Hanyut dalam kelalaian dan kemewahan. Itu yang ditakuti Rasulullah SAW iaitu Baginda Rasul takut umatnya diuji dengan kemewahan. Sebab itu dalam apa juga keadaan, sama ada mewah atau susah kita hendaklah bersyukur kepada Allah.


Negara kita diizinkan Allah untuk menikmati keamanan, keharmonian, hasil ekonomi dan kestabilan politik yang begitu lama. Tidak ada lafaz yang mengesankan melainkan rasa syukur dan terus bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya. 

Nikmat ekonomi yang diperoleh negara melalui hasil pendapatan yang dianggarkan RM26 bilion mendorong kerajaan untuk berkongsi dengan rakyat, tanpa memilih kaum, agama dan keturunan dengan menyalurkan bantuan sebanyak RM2.6 bilion kepada yang berhak menerimanya. Sehingga Mac lalu, kira-kira 3.8 juta orang atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah sudah menerima peruntukan bantuan RM500 seorang bagi keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.