May 18, 2012

Manusia Tidak Sempurna



Aku tak sempurna
Kau tak sempurna
Dia tak sempurna
Mereka tak sempurna
Kita tak sempurna

Apakah yang sempurna
Siapakah yang sempurna
Berapakah yang sempurna
Bagaimanakah yang sempurna
Bilakah yang sempurna
Tiada yang sempurna



manusia memang tak sempurna. sebab itulah kita sentiasa merasa kekurangan, ketidakpuasan, kedengkian, kekejian, kesedihan, keseronokan, kejayaan, kegagalan dan ke, ke, ke yang seterusnya (^.^)


ketahuilah bahawa Allah Maha Sempurna.


“Dan berpesan-pesanlah (di antara kamu) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah (di antara kamu) dengan kesabaran.” (al-‘Asr: 3-4)


Posiltiflah Dirimu Wahai Insan



Kenapa susah sangat mahu menerima kekalahan. Kekalahan bukan bererti kegagalan. Kekalahan juga bukan bermakna kelemahan. Kekalahan berlaku hanya kerana ada orang yang lebih bagus daripada kita. Oleh itu terimalah hakikat. Daripada fokus kepada mereka yang mengalahkan kita lebih baik fokus pada diri dan usaha kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama pelajarilah apa yang orang lain lakukan untuk terus maju ke hadapan. Orang yang sibuk memperbaiki dirinya tidak punya masa memperbaiki diri orang lain.
[Dr. Tengku Asmadi]    =)

May 16, 2012

hmm,, best jgk belajar adobe flash !!
JOM kita explore lagi...

May 14, 2012

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat...

May 05, 2012

Sudah masuk minggu ke-11..cepatnya masa berlalu..


1.  Demi masa.
2.  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3.  Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.


‎" Sesungguhnya aku mencintai orang Soleh, padahal aku bukan dari kalangan mereka..harapanku agar aku mendapat syafaat apabila brsama mreka nanti.. Dan aku membenci mereka yg mlakukan maksiat walaupun aku sndiri mungkin drpd glongan mreka.." -Imam asSyafie-

April 24, 2012

Apa Itu Cinta ???


Cinta itu apa sebenarnya?

Ramai orang bagi definisi cinta tapi susah nak faham. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memberi kaedah yang mudah. Tq ulamaku.

                “Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.”

Sebab?
Why?
Sebab adalah nyawa cinta.
Tanpa sebab, matilah cinta.

Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan.
Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi.

Tertipulah orang yang anggap cintanya suci dan abadi tapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi... 
sebab dia pandai...
sebab dia cantik... 
sebab dia hebat...

Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu.

Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.
Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.
Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.

Allah yang ciptakan dia dan semua mahkluk hebat di dunia ini. 
Allahlah patut duduk nombor satu dalam sebab cinta kita.
Kalau 'sebab' kita cinta dia kerana Allah, maka tunjukkan pada Allah, apa buktinya?
Sudah tentu buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.
Apa dia?
Perlu ke majlis ilmu untuk tahu, bacaan berfaedah dan dekati orang-orang soleh.
Jom!